Friday, September 11, 2009

Model-model pengajaran.

1. PENGENALAN

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Ia melibatkan banyak langkah dan usaha yang merangkumi ilmu, kemahiran, pendekatan, kaedah satu teknik yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Dalam masa yang sama, ia juga menitikberatkan faktor situasi, persekitaran, emosi, dan peranan murid dalam satu-satu proses pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan wujudnya interaksi antara kedua-dua pihak iaitu murid dan guru.oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kedua-dua pihak perlu di ambil kira.

Kurangnya kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat menjadi punca masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif pengajaran, sekaligus dianggap kurang berkesan.kelemahan ini akan mempengaruhi prestasi kerja guru malah ia akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian serta kemajuan murid. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, ia akan menjejeskan matlamat utama sistem pendidikan untuk melahirkan generasi yang seimbang mental, fizikal, emosi, dan rohani.

Justeru, untuk menjadi seorang guru yang professional dan berkesan dalam pengajaran, seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang perguruan.Terdapat 3 langkah yang perlu diambil iaitu:

1)Langkah pertama: MENGENALPASTI MASALAH

-Murid-murid kurang faham isi pelajaran.

-Sukar mengingati fakta penting.

-Kurang tumpu perhatian

-Menunjukkan sikap kurang minat belajar.

2)Langkah kedua: MENCARI PUNCA MASALAH.

Murid keliru, tidak faham dan tidak dapat mengaitkan isi pelajaran yang telah dipelajari dengan yang baru dipelajari kerana maklumat yang diterima tidak teratur dan tersusun.

Murid-murid tidak memperolehi maklumat yang jelas ketika sesi awal pembelajaran mengenai satu-satu topik.akhirnya, agak sukar bagi mereka untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya serta tidak boleh mengingati fakta-fakta penting dalam tajuk tersebut.

Murid-murid tidak mampu membezakan jenis rangsangan yang perlu diutamakan. Kesannya, mereka kurang tumpuan ke arah sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Kurangnya motivasi dalam aktiviti pembelajaran juga menyebabkan murid-murid tidak minat terhadap apa yang disampaikan guru.

3)Langkah ketiga: CADANGAN MENYELESAIKAN MASALAH.

Secara umumnya, empat masalah utama yang dihadapi cikgu dalam pengajarannya boleh diatasi dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berikut:

i)Pengaplikasian teori-teori yang sesuai dalam pengajaran.

ii)Menekankan proses pengajaran dan pembelajaran secara peringkat-peringkatnya.

iii)Memilih strategi pengajaran dan bembelajaran yang sesuai dengan situasi murid.

Ketiga-tiga aspek tersebut akan dibiancangkan secara terperinci pada bahagian seterusnya yang didahului dengan penjelasan konsep pengajaran dan pembelajaran secara umum.

2. KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan system aktiviti –aktiviti yang ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah laku dikalangan mereka.Proses pengajaran merangkumi perancangan,pengelolaan,penyampaian,bimbingan dan penilaian.Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan berkesan.

Manakala bagi mencapai objektif untuk mendapatkan perubahan tingkah laku, guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, kemudian merancang aktiviti yang sesuai untuk menjayakannya.Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis pengetahuan yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap.Pengajaran bermaksud aktiviti yang dirancangkan oleh guru dengan teliti dan melaksanakannya melalui kaedah dan teknik tertentu yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid.

3. CIRI-CIRI PENGAJARAN

Pengajaran juga membawa makna pencapaian atau tugasan.Proses pengajaran melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid.Pengajaran, selain daripada guru dan murid,meliputi rancangan mengajar,objektif pelajaran,tempat belajar,alat Bantu mengajar serta strategi,kaedah dan teknik mengajar. Di dalam aktiviti pengajaran,guru memainkan peranan sebagai pengajaran dan murid memainkan peranan sebagai pelajar.Aktiviti yang paling rapat dengan pengajargsi an ialah instruksi (mengajar), diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman.

4. MODEL-MODEL PENGAJARAN

Dalam menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk kepada beberapa model pengajaran.Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu panduan kepada guru bagi menghasilkan satu sessi p&p yang menyeronokkan dan memotivasikan murid-murid selain untuk mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan terhadap murid-murid.Di antara model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah :

4.1 Model Ekspositori

4.2 Model Pemerosesan Maklumat

4.3 Model inkuiri

4.4 Model Projek

4.1. Model Ekspositori

Ia bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci.Dalam konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu,kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.Dalam model ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, fakta,hokum,prinsip atau teorem matematik.Dari segi implikasi sesuai untuk peringkat perkembangan.Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja.

Contoh:-Model Resepsi Ansubel (David P.Ansubel 1961).

4.2 Model Pemerosesan Maklumat

4.2.1 TEORI PEMEROSESAN MAKLUMAT R.M GAGNE.

-Teori ini menjelaskan bagaimana maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran diperolehi.

-Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam system saraf melalui deria,selepas itu maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan,kemudian ia di hantar kepada stor jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui system saraf.

-Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne.

i. Fasa motivasi – Jangkaan

ii. Fasa kefahaman – Pemerhatian –Simpanan Persepsi

iii. Fasa Perolehan – Pengekodan – Simpanan Awal

iv. Fasa Penahanan – Penyimpanan – Stor Ingatan

v. Fasa Ingatan Kembali – Mengingat Kembali – Mencari

vi. Fasa Generalisasi – Pindahan

vii. Fasa Prestasi – Gerak balas

viii. Fasa Maklum balas – Peneguhan

LAPAN JENIS PEMBELAJARAN UNTUK MEMPEROLEHI MAKLUMAT:

Pada tahun 1977,Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang kompleks:

1)Pembelajaran Melalui isyarat

-Berbentuk primitif.

Contohnya: Manusia melalui pengalaman,mempelajari isyarat asap seperti kebakaran.

2)Pembelajaran stimuli-tindak balas

-Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas individu.

Contoh:Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit,murid menyebut namanya.

3)Pembelajaran Melalui Rantaian

-Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya.

Contohnya:Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan .

4)Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal

-Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa.

Contohnya:Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.

5)Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan.

-Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan.

Contohnya:Sebutan e dan e,murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak,bela.

6)Pembelajaran konsep

-Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan symbol berdasarkan cirri-ciri yang sama.

Contohnya:Beg,buah-buahan,buku.

7)Pembelajaran prinsip.

-Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari.

Contohnya:Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.

8)Pembelajaran penyelesaian masalah

-Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir,iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.

Contohnya:Menyelesaikan masalah matematik.

4.2.2 MODEL TABA

A. Menekankan pembentukan Konsep;konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan

bahan-bahan pengajaran dalam suatu sisitem yang sesuai.

B. Sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui 4 peringkat utama,iaitu:

1)Peringkat penyusunan data

Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan cirri-ciri persamaan dan perbezaannya.

2)Peringkat membentuk konsep

Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan cirri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu.

3)Peringkat membentuk hukum

Membuat kesimpulan atau generalisasi ke atas hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang dibentuk dalam peringkat 2.

4)Peringkat aplikasi

-Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi baru.

4.2.3 MODEL INKUIRI

1. Menekankan proses soal selidik untuk mendapatkan maklumat.

2. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti bentuk-bentuk soalan ,membentuk hipotesis,merancang dan menjalankan aktiviti kajian dan akhir sekali membuat rumusan.

Contoh:

a)Model Inkuiri Sains (Model Dewey)

-digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan cirri-ciri unsur sains.

-berlandaskan kepada 5 langkah:

i. MENGENAL PASTI MASALAH

ii. MENCARI MAKLUMAT RUMUSAN

iii. MEMBUAT HIPOTESIS

iv. MENGUJI HIPOTESIS

v. MENILAI DAN MEMBUAT RUMUSAN

b)Model Inkuiri Sosial

- Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan.

- Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik.

- Merangkumi 6 langkah:

i. PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURU

ii. PEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH MURID

iii. PERBINCANGAN KESAHAN HIPOTESIS

iv MEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESIS

v. MENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESIS

vi. MEMBUAT KESIMPULAN ATAU RUMUSAN

c) Model Inkuiri Jurispudential
- Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu.Ia juga berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.
Contoh:Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera.
Terbahagi kepada 2: -


i)-Inkuiri Terbimbing
- Melalui bimbingan guru
- Sesuai digunakan untuk peringkat Sek.Rendah dan Menengah.

ii)-Inkuiri Terbuka

- Tidak di beri sebarang bimbingan .Segala proses dijalankan olehmurid sendiri.

- Sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi.

iii)Inkuiri Suchman

Berlandaskan andaian bahawa strategi –strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah,khasnya mata pelajaran sains.

d) Model Projek

-Diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965).

-Menekan konsep pembelajaran murid untuk menambah minat ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang.

-Menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian luar dan lawatan.

4.2.4 Model PengajaranASSURE

A- Analyse learner (analisis pelajar)-

(1) Ciri umum; umur, tahap, latarbelakag sosioekonomi

(2) kopetensi khusus pringkat masuk; kemahiran sedia ada

(3) Stail Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik

S- State Objective (nyatakan obj)-

(1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid dpd P&P

(2) fokus kpd pengetahuan, kemahiran dan sikap yg baru utk dipelajari.

S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi, demostrasi, latihan tubi. Media; kreteria-

(1) sepadan dgn kurikulum

(2) maklumat tpt/tkini

(3) bahasa jelas

(4) tarik minat/cetus motivasi

(5) galak plibatan pelajar

(6) kualiti teknikal

(7) terbukti keberkesanan

(8) ada panduan untuk digunakan. Reka bentuk Bahan; ambil kira;

- objektif

- pelajar

- kos

- kepakaran teknikal

- peralatan

- fasiliti

- masa

.

U- Utilise Media & materials (guna media, bahan);

(1)prebiu bahan

(2) sediakan bahan

(3) sediakan persekitaran

(4) sedikn plajar

(5) sedia pengalaman pembelajaran.

R-Require Learner Participation (dorong penglibatan pelajar); latihan, kuiz, projek

E-Evaluate and revise (nilai dan semak)-

(1) nilai pencapaian pelajar

(2) pembelajaran yd terhasil

(3) media/kaedah

(4) penggunaan guru

(5) penggunaan murid.

5. KONSEP PEMBELAJARAN

Pembelajaran merupakan satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan.Ia berlaku dalam diri seseorang sejak dia dilahirkan.(Kamaruddin Hj.Husin,hal. 93).Proses pembelajaran melibatkan pelaksanaan strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu serta memperoleh kebiasaan,pengetahuan dan sikap yang positif.

Pembelajaran biasanya diertikan sebagai perubahan tingkahlaku yang kekal dan stabil disebabkan oleh pengalaman atau latihan yang diteguhkan.

Proses pembelajaran bukan disebabkan oleh factor kematangan atau factor-faktor perubahan konstitusi badsan. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baru dan penyelesaian sesuatu masalah boleh dianggap sebagai sebahagian dsripada prosese pembelajaran.

Ciri-ciri pembelajaran :

-Ia adalah proses yang berterusan.

-Ia boleh berlaku secara disedari atau tidak disedari.

-Ia melalui Proses Pembelajaran seperti :

1. Rangsangan dan persekitaran

(guru, buku, ibu bapa, rakan, filem)

2. Rangsangan sesuai dipilih oleh organ deria.

(rangsangan positif dan bermakna)

3. Rangsangan diproses dalam otak untuk diberi makna dan diterima.

(pemikiran dan pengalaman, pemikiran refleksi, analisis, dan penilaian)

4. Pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.

(diterima dan kekal dalam ingatan untuk dipanggil semula)

5. Mengamalkan pengalaman atau pengetahuan baru dalam suatu situasi yang sesuai dan

sepadan.

(pemindahan pelajaran dalam situasi yang sama).

6. Perubahan tingkah laku.

(pembelajaran sebenar)

No comments:

Post a Comment